January 12, 2009

unpredictable life

ada tak sesiapa yang tak pernah risau apa2 pun dekat dunia nih?..maksud aku risau pasal duit ka, pasal study ka, pasal yang tersayang ka, pasal kerja ka or kesihatan ka..huh..kalau ada aku teringin nak jadi salah seorang darinya..sapa yang tak nak kan..duit tak perlu fikir..study dah mantap..kerja lg mantap..hidup sentiasa sihat..kalau aku..aku pun nak..

erm..tapi kan..mustahil lah ada orang camtuh..sedangkan yg kaya pun ada ja masalah..inikan pula orang macam aku..aku bercakap macam nih bukan sebab aku persoalkan atau merungut nasib aku..tapi apa yang aku nak katakan adalah semua manusia ada cerita tersendiri..yang penting semua kena pandai bawa diri dan bersabar dalam hidup..

baru2 nih aku kena jaga ayah aku di wad..ayah aku menghidap sakit kanser..pada mulanya doktor tak dapat kesan..ntahla..dua kali ambil isi dalam badan baru doktor dapat pastikan penyakit tu kanser..aku sedih bila dengar berita tuh..dan pada masa yang sama aku bertanya kepada diri sendiri kenapa ayah yang kena?..dalam famili aku tak pernah siapa pun kena sebelum ni..ayah yg pertama..ntahla..sedih, takut dan macam2 lagi perkara dalam kepala aku masa tuh..aku redha dengan ketentuan Allah..

masa kat wad tuh aku layan ayah baik2..makan minum mandi tidur semua aku uruskan..suma benda yang dia nak aku cuba tunaikan..cuma rokok dan makanan ja yang aku control skit..kalau ikutkan rokok tu memang aku tak mahu bagi langsung..tapi risau plak kalau2 dia hypertension nanti..trpaksa la aku bagi skit..n sekarang doktor dah bagi ayah balik rumah..ayah kena buat radioterapi plak pasni..doktor cakap kanser tu dah merebak ke banyak tempat..so dia tak nak amik risiko buat operation..so buat lah radio terapi..dan pada masa yang sama aku try cari alternatif lain..atie cakap vitamin b-17 bleh bunuh sel kanser..sapa2 tau kat mana aku bleh dapat bgtaulah..

berbalik kepada kehidupan di wad tadi..apa yang aku lihat, kehidupan di wad yang betul2 menginsafkan aku..sebelum nih aku langsung tak hargai kesihatan yang Allah bagi..mungkin sebab aku sihat selalu aku anggap aku akan terus sihat..tapi bila aku tengok kehidupan di wad aku bersyukur sangat dengan apa yg Allah bagi..ada yang tak boleh makan, ada yang makan melalui tiub, ada yang tulang kaki diikat dengan pemberat untuk betulkan balik..ugh..tengok memang gerun..tapi itulah hakikatnya..

bila tengok semua nih aku bersyukur sangat2 dengan hidup aku..walaupun ada kekurangan dalam hidup aku tapi ada gak kelebihan aku dari orang lain..alhamdulillah..

"Ya Allah berilah ayahku kekuatan untuk menghadapi dugaan-Mu" .amin.