July 31, 2009

lucu la hang!

salam.

pertama sekali tajuk entry kali ni tak ada kaitan langsung dengan apa yang aku nak tulis. huhu. sekarang kurang idea la aku nak tulis blog. ntahla, tak ada benda menarik yang terjadi. bosan gila.

anyway, baru-baru ni aku terima satu berita baik. alhamdulillah aku diterima masuk wat ccna. syukur sangat sangat. erm walaupun ccna tak seberapa dan dah ramai pun yang ada, tapi tak kisahla, asalkan aku ada satu cert masa bekerja nanti. mana tau lepas ni tuhan murahkan rezeki amik ccnp ke dan lepas tu ccie ke. insyaAllah. amin. doakanlah ya.



dan sebelum aku tamatkan entry yang bosan ni, aku nak ucapkan tahniah kepada kelab bola kesayanganku FC Bayern Munich kerana berjaya merangkul Audi Cup selepas mengalahkan ManUre semalam. tahniah. satu permulaan yang baik untuk season ni. huhu


p/s jersi bayern baru cantiklah. alangkah bertuahnya kalau ada satu :p

July 15, 2009

bye bye black bird.


salam.

hari isnin arituh aku p tgk public enemies. well, oklah muvie ni. walaupun pertengahan filem agak membosankan sehingga buatkan aku terlelap sat, tapi muvie ni still menarik untuk ditonton semua.

actually aku minat dengan lakonan johnny depp. two thumbs up untuk dia. lakonan dia dalam filem memang tak pernah mengecewakan. dia sangat2 versatile. bleh bawak any character dengan mudah. memang superb ah. huhu

bila tengok public enemies aku sedar satu benda. iaitu semua manusia sama sahaja. ada keinginan untuk cinta dan dicintai. tak kira la sekejam dan seganas mana sekalipun seseorang tu, atau berapa banyak orang yang dia bunuh pun, but still he/she need something in life which is called 'love'. btul tak? erm. if ada yang kata tak btul tu aku rasa it's either something wrong with you or anda memang bukan manusia. haha

anyway, ending filem agak menyedihkan. tak terfikir plak aku yang polis tu datang nak cakap macam tu. huhu.

July 9, 2009

good luck teacher hanani!


salam.

erm. pagi nanti si comelku nurul hanani akan berangkat ke kedah demi menunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang pendidik. tahniah aku ucapkan kerana akhirnya tercapai juga impiannya untuk mengajar anak2 bangsa :p.

apa pun, selamat berjaya aku ucapkan kepada si comel :) mungkin pada mula2 ni susah sikit untuk kamu catch up or hadapi suasana baru kat sekolah tapi saya tahu kamu boleh lakukan. dan saya yakin kamu akan jadi cikgu yang bagus :) jaga diri ya. dan banyakkan bersabar. huhu

p.s i love you syg!

July 7, 2009

ccna or oracle?


salam.

cuti yang membosankan. itulah kesimpulan yang bleh dibuat tentang cuti aku. huhu. makan, tengok tv, tido dan futsal adalah antara aktiviti harian aku. bosan.

actually aku didalam dilema sekarang. tak tahu nak pilih kursus mana satu yang patut aku pegi. ccna ke oracle? erm ntahla. ikutkan hati nak ja aku buat dua2 dalam masa yang sama. tapi tak boleh. kena pilih salah satu. oracle dah dapat pun. cuma tunggu nak pi belaja ja. ccna belum. tapi aku sangat2 berminat dan dah apply pun. adui. any suggestion?