June 24, 2009

betul ke ni?

salam.

aku tgh baca blog2 orang td dan aku ternampak video ni kat satu blog tu. video bertajuk rosmah perempuan puaka. rosmah yang dimaksudkan adalah rosmah isteri PM kita sekarang. huhu. hampa tengoklah dan nilai sendiri betul ke tak.


June 23, 2009

thank you Allah.

salam.

alhamdulillah syukur sangat2 kepada tuhan presentation dah lepas. thank you Allah kerana beri aku peluang nih. dengan tak rasminya dah habis pengajian kat sini. tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku masa nih. banyak sangat. huhu. apa2 pun terima kasih kepada suma yang terlibat samada secara langsung mahupun tak langsung dalam menjayakan projek final aku. thanks banyak2. thanks gak kepada tenaga pengajar yang tak jemu2 mengajar aku yang slow ni. huhu. thanks soo much. smoga jupa lagi suma.



June 20, 2009

derma dadah?

salam.




aku tertarik dengan gambar ni bila baca berita harian online tadi. kempen derma dadah? wow. baiknya hati penagih2 kat malaysia nih nak derma dadah yang mereka ada. haha. tertanya2 camna la typo bleh jd kat banner cmni? lawak btul. siap ada approval dari kementerian kesihatan lagi kat banner tu. haha. harap2 orang kat situ tak salah anggap dan masih datang menderma darah.


moral of the story : double-check your work.

June 19, 2009

nizar never give up.

salam.

aku tertarik dengan paper sekarang. tiap2 hari mesti ada nama nizar. tiap2 hari mesti ada cerita pasal nizar dan jawatan menteri besar perak. huhu. aku tengok nizar ni memang jenis yang tak tahu berputus asa. still cuba buat rayuan untuk gantung post MB perak. erm. ntahla. tertanya2 gak aku kenapa dia bersungguh2 sangat nak pertahankan post MB tu. mungkin ketidakadilan berlaku kot. ntah. malas nak amik tau. politik memang bodoh.

tapi aku dah start rasa bosan dengan berita2 pasal perak ni. semoga cepat2 lah setel masalah politik di situ. huhu. lagi satu, aku ada satu cadangan nak dicadangkan kepada suma syarikat suratkhabar. why not lepas ni berita sukan letak bahagian depan dan politik letak belakang skali? baru menarik aku rasa. tak perlu lagi la aku tengok berita2 politik malaysia nih. haha. bleh tak rasa2?

June 17, 2009

kenapa perempuan bersolek?

salam.

actually persoalan nih dah lama timbul dalam diri aku. kenapa ya perempuan suka sangat bersolek? dahla bersolek lama plak tu. huhu. aku penah tanya nani pasal ni dan dia cakap dia tak bersolek. erk. ya ka. merah ja pipi kadang2 aku tgk. haha

bg aku la, aku lebih suka yang natural. yang tanpa sebarang solekan pun. huhu. ntahla. kadang2 aku tgk yang bersolek ni bukan mencantikkan lg, tapi memburukkan lg keadaan. yang jadi camni bukannya sebab apa, ia disebabkan oleh solekan dia berlebih2 sangat. kulit yang gelap jd merah. pehh. rilek2 sudah. tak salah nak pakai. tapi ikutlah kesesuaian. huhu

tapi ada ja yang bersolek nampak cantikk ja. contohnya camnih. nice ja. haha


apa pun. berbalik kepada soalan td, kenapa agaknya perempuan bersolek?. untuk kecantikan yang sementara? atau kepuasan diri atau ada sebab lain?. hmm. aku pun tatau sebab aku bukan perempuan. lol.

p/s nak jadi pasangan pengantin pertama yang tak bersolek. haha

aku nak keja.


salam.

seminggu lebih lagi insyaAllah abis la study aku kt GMI ni. tak sabar dah nak abis. ikutkan ati nak ja aku mintak percepatkan fyp. bleh balik awal skit. nak rehat di umah sekejap. after that barulah bleh aku pikir phase hidup aku yang seterusnya iaitu kerja.

actually aku dah apply some jobs pun. gov ada n non-gov pun ada. and sekarang still waiting for response. harap2 dapat lah. huhu. sebenarnya aku rasa jeles sangat2 dengan kawan2 yang dah kerja. bukan jeles sebab mereka berduit or ada aset beribu2, tapi jeles sebab mereka bekerjaya and dah bleh atur and stabilkan hidup mereka. aku kat sini masih terkapai2. aduh.

aku nak keja. sapa2 bleh bg aku keja tak?

June 14, 2009

goal-drought


salam.

sekarang baru aku faham apa perasaan eto'o bila dia alami kemarau gol. pedih, geram dan rasa tak berguna. ntahla, seriously it's quite frustrating when you play as a striker and you didn't score. tension. and to make it worse, your team lose. aduh malang2.

duhh, kelmarin game liga ansara dan aku masih tak score gol. sedih gak sebab dah bertungkus lumus main, tapi masih tak dapat score. kalah plak tu. damn it! ntahla, kadang2 aku rasa cam dah tiba masa untuk gantung but. mungkin aku patut cuba sukan baru kot. men golf ke? mana tau ada luck. haha